KANDANG
DIGITAL

SELAMAT DATANG KE KANDANG DIGITAL, ONE STOP CENTER SUMBER INFORMASI TERNAKAN UNGGAS ANDA

JOM BERKENALAN

SIAPA KANDANG DIGITAL NI?

Kami adalah penternak Ayam Pedaging yang terletak di Sabah.
Kami telah bermula menternak ayam pedaging sejak tahun 2019 hingga kini. Ada beberapa orang penternak dengan beberapa kandang yang dimiliki sendiri di dalam kumpulan kami ini. Baru-baru ni sahaja kami mulakan ternakan secara eksperimen untuk Ayam Penelur LB.
Kandang Digital pula ialah satu brand yang kami wujudkan pada tahun 2020 semasa berlakunya pendemik COVID-19 serta beberapa siri sekatan pergerakan dimana ladang kami terpaksa ditutup dan kami hampir diisytiharkan MUFLIS.

BRAND

Duta Brand Kami Saudara Ray, Rakan Baik yg bermula sebagai pekerja, kini menjadi Duta Brand Kami kerana kesungguhan beliau memulakan hidup baru selepas kejatuhan pada era Covid 2020, kini berjaya menjadi seorang penternak di tempat beliau sendiri.
Boleh rujuk Video-video kami di Tiktok.

PRODUCT

Produk-produk kami merangkumi, Panduan Digital (Ebook) untuk ternakan Ayam Pedaging, Penelur dan Pembuatan Baja.
Selain daripada itu kami juga menyediakan kelas-kelas online untuk peminat ternakan seleuruh negara yang inginkan panduan.
Dalam masa terdekat Kandang Digital akan menghasilkan video-video panduan untuk membantu penternak memulakan ternakan pertama mereka dengan lebih mudah.

Penulis

Merupakan seorang bekas Pensyarah dalam Fakulti Sains Informatik dan telah berkhidmat selama 16 tahun sebelum beliau mengambil opsyen persaraan pilihan ( Pencen Awal) dan menjadi Penternak Ayam Pedaging Sepenuh masa bermula 2019. Ladang terakahir beliau berkapasiti 25,000 ekor Ayam dengan 10,000 setiap pengeluaran.
Tahun 2022 bulan Disember adalah tempoh berakhir pajakan tanah beliau dan beliau mengambil peluang untuk berehat, sambil menerokai bidang baru, menyusun strategi seterusnya , memperkenalkan brand dan Produk Digital baru dan juga menganjurkan kursus ternakan samaada dari kommuniti dan juga sendiri.


EBOOK

SIRI EBOOK TOKEY AYAM

Ada 3 Jenis Buku Panduan Yang Kami Perkenalkan:
1. Panduan Tokey Ayam ( Pedaging)
2. Panduan Tokey Ayam Telur ( Penelur)
3. Panduan Dedak Ayam. ( Cara Buat Dedak)
Antara topik yang dikongsikan dalam ebook ‘Panduan Tokey Ayam’ adalah:
- Bagaimana untuk memulakan perniagaan ayam dengan Rm1K
- Bagaimana untuk memilih baka ayam yang terbaik untuk pasaran anda
- Bagaimana untuk memberi makan, menginap, dan menjaga ayam anda
- Bagaimana untuk memasarkan dan menjual produk ayam anda secara online dan offline
- Bagaimana untuk mengurus kewangan dan cukai untuk perniagaan ayam anda
- Bagaimana untuk mematuhi peraturan dan piawaian untuk penternakan dan pemprosesan ayam
- Bagaimana untuk menangani cabaran dan risiko dalam industri ayam


KELAS ONLINE

ONLINE COURSE

Kami juga ada mengadakan kelas online sekiranya anda lebih suka untuk bertanyakan soalan dengan lebih direk kepada penulis buku panduan tersebut.
Namun kelas tersebut dibuat berdasarkan tarikh-tarikh yang ditetapkan dan percuma sahaja khususnya kepada pembeli Panduan Pakej 99.

TAK PERLU MODAL BESAR

Untuk memulakan ternakan ayam sebenarnya kita tidak perlu pun modal 6 Angka.
Ya benar. Tak perlu modal yang besar macam buat produk atau buka kedai.
Saya akan ajar anda buat guna apa yang ada dan gunakan sedikit simpanan anda dan gunakan apa yang ada disekeliling anda sahaja.
Paling penting IDEA ,CARA dan PENGURUSAN betul nak capai tuaian selama 35 hari dan anda sudah dapat buat duit dari ternakan anda.
Pemilihan baka yang baik, kos pembinaan kandang yang paling minima, kepada siapa hendak jual, bagaimana hendak jual,dan yang paling penting cara buat makanan Ayam anda.
Ini rahsia yang lama saya simpan dan saya akan bongkarkan bagaimana cara saya lakukan.

Zren Y Mohd
Kandang Digital
Ladang Sri Bayu 20'-22'

NEWSLETTER

Kalau anda berminat untuk subscribe newsletter kami, sila tinggalkan email anda dan kami kami akan menghantar informasi-informasi terkini juga kadang-kadang kami akan hantar offer tentang produk kami.